Total Pageviews

Saturday, 10 September 2011

LAPORAN SENAMROBIK BERSAMA NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ( UMS )

Tarikh : 10 September 2011
Masa   : 08:00 – 09:30 PM
Tempat : Stadium UMS

Mahasiswa dan mahasiswi baru sesi 2011/2012 sedang menunggu ketibaan Naib Canselor untuk memulakan aktiviti senamrobik pada malam itu.

Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang sedia berkhidmat untuk memberikan rawatan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mengalami kecederaan.


Sebelum memulakan aktiviti senamrobik, Naib Canselor UMS memberikan ucapan aluan-aluan kepada mahasiswa dan mahasiswi. Menurut beliau, aktiviti senamrobik ini merupakan aktiviti sihat yang mana ia dapat meningkatkan kesihatan badan sekali gus beliau berpesan kepada mahasiswa dan mahasiswi agar memanfaatkan kemudahan yang terdapat di stadium UMS.
Aktiviti senamrobik bersama Naib Canselor pada malam itu dimulakan apabila Naib Canselor turun ke padang untuk menyertai mahasiswa dan mahasiswi baru sesi 2011/2012. Aktiviti tersebut mendapat sambutan daripada semua pihak.

Wajah- wajah keriangan yang terpancar di setiap wajah yang menunjukkan mereka sangat seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Sesi bergambar bersama Naib Canselor UMS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...