Total Pageviews

Monday, 5 September 2011

Sambutan pelajar baharu UMS sesi 2011/2012 di Terminal Inanam sempena Minggu Suai Mesra

Tarikh    : 6 September 2011
Masa     : 4pm-6pm
Tempat : Terminal Inanam

Pembimbing Suai Mesra (PSM) sesi 2011/2012 dari bahagian sambutan pelajar telah bersiap sedia bagi tujuan menyambut kedatangan mahasiwa / mahasiswi baharu yang bertempat di Terminal Inanam sempena minggu suai mesra yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah.  Para mahasiswa dan mahasiswa baru dijangka tiba dari empat tempat berlainan iaitu Sandakan , Kunak, Lahad Datu, Tawau.
PSM dari bahagian sambutan pelajar bersiap – sedia dengan kaunter bagi menyambut dan merekodkan mahasiswa / mahasiwi yang telah sampai ke Terminal dari Kampung Halaman.
 PSM dari bahagian logistik pula menguruskan bagasi para mahasiswa / mahasiswi.

PSM dari bahagian logistic memberi taklimat kepada para pelajar mengenai proses pengklasifikasikan  (Tagging ) bagasi – bagasi. Proses ini dilakukan untuk menghantar bagasi – bagasi pelajar ke kolej kediaman masing – masing.

Pelajar – pelajar baharu kelihatan tidak sabar untuk tiba ke Universiti Malaysia Sabah dan melihat sendiri keadaan kolej kediaman mereka sendiri.

Sambutan pelajar UMS di Terminal Malaysia Airlines

Tarikh : 6 september 2011
Masa : 9 pg - 1 ptg
Tempat : Terminal 1 MAS



Pembimbing suai mesra (PSM) sesi 2011/2012 dari bahagian sambutan pelajar dan logistik kelihatan sudah bersedia untuk menyambut kedatangan pelajar- pelajar baharu di hadapan Balai Ketibaan bertempat di Terminal 1 Malaysia Airlines (MAS) sempena minggu suai mesra yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah.
PSM dari bahagian protokol sedang menyambut kedatangan ibubapa pelajar baharu sambil mengedarkan risalah informasi berkaitan pengangkutan dan penginapan sementara khas untuk ibubapa pelajar tersebut.
PSM dari bahagian sambutan pelajar sedang membantu pelajar baharu menyemak senarai kolej kediaman yang sementara untuk memudahkan proses penandaan bagasi dilaksanakan.

PSM dari bahagian sambutan pelajar sedang membantu pelajar memasang “tag” yang telah diisi bagi mengelakkan keciciran beg berlaku.
PSM dari bahagian Publisiti dan Kewartawanan sedang menemu bual pelajar baharu bagi mengetahui persepsi mereka terhadap layanan serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Universiti.

Sambutan Pelajar UMS di Terminal Air Asia.

Tarikh : 6 September 2011 Masa : 1.20pm-3.30pmTempat : Terminal 2 Air Asia


Pembimbing Suai Mesra (PSM) sesi 2011/2012 dari bahagian sambutan pelajar sudah bersedia untuk menyambut kedatangan pelajar- pelajar baharu yang bertempat di Terminal 2 sempena Minggu Suai Mesra yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah.
PSM dari bahagian publisiti dan kewartawanan sedang menemubual beberapa pelajar baharu yang baru sahaja tiba.
Turut terlibat dalam aktiviti kali ini adalah sebahagian besar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Chin Chee Keong turut sama menghadirkan diri untuk menyambut kedatangan pelajar baharu. Beliau juga sempat untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar baharu.
Pengedaran tag dilakukan untuk menandakan bagasi-bagasi pelajar baharu mengikut kolej kediaman masing-masing.

PSM dari bahagian logistik sedang menerangkan dengan lebih lanjut mengenai penghantaran bagasi dan pelajar ke kolej kediaman mereka.
Para PSM sedang sibuk memunggah bagasi pelajar-pelajar baharu ke dalam lori yang telah disediakan khas untuk di hantar ke kolej kediaman yang telah ditetapkan.

Pelajar-pelajar baharu kelihatan tidak sabar untuk tiba ke Universiti Malaysia sabah dan melihat sendiri keadaan kolej kediaman mereka sendiri.

Mengenai UMS

Hasrat untuk membangunkan sebuah universiti di Sabah terlaksana pada 24 November 1994, apabila Parlimen meluluskan penubuhan Universiti Malaysia Sabah. Pada mulanya hanya tiga buah sekolah iaitu Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perniagaan dan Teknologi dan Sekolah Sains Sosial telah ditubuhkan. Selain itu, terdapat juga sebuah pusat pengajian liberal yang dinamai Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.

Ketika sesi akademik yang pertama dimulakan pada pertengahan tahun 1995, terdapat seramai 205 orang mahasiswa yang berdaftar. Bilangan tenaga pengajarnya seramai 24 orang pensyarah dan pentadbiran diuruskan oleh 13 orang staf pengurusan dengan dibantu oleh 26 orang kakitangan sokongan.

Sehingga kini, selain bertambahnya beberapa buah sekolah, yakni Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Pengajian Seni dan terkini Sekolah Perubatan serta wujudnya tiga buah institute penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo dan Institut Penyelidikan Bioteknologi.

UMS juga telah berjaya menyiapkan beberapa kompleks bangunan di kawasan tanah yang seluas 999 ekar yang terletak di Teluk Sepanggar. Kampus UMS yang telah siap ini kemudiannya telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 19 September 2000.

Pembukaan kampus cawangan UMS di Labuan yang dilaksanakan pada 2 Januari 1999 telah mencatatkan setapak lagi kemajuan bagi UMS. Dinamakan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), ia menempatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Sains Informatik dan Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa.

Pada masa kini, pelajar UMS adalah berjumlah seramai 12,350 orang, manakala bilangan kakitangan akademiknya pula seramai 570 orang.

About UMS

The date 31st January 1994 was an historic moment that brought enlightened hope to the thousands of local community members who had gathered in the small town of Beaufort, Sabah. Our esteemed Prime Minister Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad in meeting with the people made a promise that a university will be built in Sabah. The announcement was spontaneously followed by loud cheers, and became the driving force for the establishment of a university in Sabah.


Thus on the 24th November 1994, a university was born, not through a daydream or a nightmare, but through a forward vision of our distinguished Prime Minister, which aspires to bring immense development and quality of life to the people here.


Universiti Malaysia Sabah (UMS) was established on 24th November 1994. His Royal highness the Yang DiPertuan Agong Proclaimed the establishment of UMS under Section 6(1) of the Universities and University Colleges Act 1971.


The ninth university in Malaysia expanded rapidly since the early days of its inception. The management office that started activities at the Ministry of Education, Kuala Lumpur later on shifted to Kota Kinabalu. Teaching and research commenced in 1995 in rented buildings. The physical development of permanent campus on a 999 acre piece of land began in earnest in August 1995. The University's occupation of the permanent campus started in 1999 and completed in 2000. In the meantime, the government also granted approval to UMS to set up a branch campus in the Federal Territory of Labuan. Years that followed the acquisition of building facilities for teaching, learning and research have witnessed the emergence of an increasing number of schools, centres and units.
Since its birth, the development of UMS is progressing at a tremendous pace, and the university is fully committed to achieving the highest standards of quality in both academic and non-academic activities. This means pursuing continuous improvement and being satisfied with nothing less than the best practice.



Universiti Malaysia Sabah strives to achieve academic excellence in various fields by gaining international of the society and recognition through learning and teaching, research and publications, social services and a balanced specialization of knowledge and personality development of students resulting in high productivity and quality in context of the society and the nation.
With self-confidence, it is hoped that UMS will be able to train and produce human resources of international caliber, who are ready to contribute towards the betterment of the people and the country.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...