Total Pageviews

Sunday, 2 September 2012

LAPORAN TAKLIMAT MINGGU SUAI MESRA DAN HEPA


Sebelum bermulanya majlis taklimat MSM, abang ‘siswa’, saudara Mohd. Juhar mengajar pelbagai jenis tepukan kepada siswa dan siswi baharu. Antara tepukan yang dipelajari adalah tepuk-tepuk semangat, zumba-zumba sweet, cumma-cumma kiss-kiss, tepuk-tepuk ding-ding dan tepuk-tepuk terima kasih. Tepukan yang dipelajari cukup menghiburkan para siswa/siswi baharu.
Siswa/siswi baharu mempraktikkan tepukan yang dipelajari

Ketibaan masuk Timbalan Naib Canselor UMS diiringi oleh para pegawai UMS
                Seterusnya, taklimat Minggu Suai Mesra & HEPA dimulakan dengan kedatangan para pegawai UMS diikuti dengan ketibaan masuk Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Prof. Madya Hj. Kassim Hj. Mad Mansur. Timbalan Naib Canselor HEPA memperkenalkan barisan pengurusan akademik tertinggi UMS. Antara pegawai-pegawai yang diperkenalkan adalah dekan-dekan sekolah, pegawai-pegawai hal ehwal pelajar dan alumni, ketua-ketua jabatan serta dekan-dekan kolej kediaman UMS. Pengenalan para pegawai UMS ini adalah penting kepada para siswa/siswi baharu agar mudah untuk mereka berurusan kelak.
Siswa/siswi mendengar taklimat yang disampaikan oleh TNC HEPA

Siswa/siswi menyanyikan lagu Bertekad Cemerlang

                Selepas berakhirnya sesi taklimat Timbalan Naib Canselor HEPA tersebut, para siswa/siswi baharu dikehendaki menyanyikan lagu ‘Bertekad Cemerlang’ dan seterusnya diberikan sedikit penerangan mengenai aturcara penting keesokan harinya iaitu majlis amanat pro-canselor UMS. Siswa/siswi baharu juga turut diberikan rehearsal untuk acara penting tersebut.

Disediakan oleh: Sabrina & Rahmad
Jurufoto: Rahmad & Iman

SAMBUTAN PELAJAR DI TERMINAL INANAM


Bermulanya saat yang dinantikan 1 September 2012, siswa dan siswi UMS sesi 2012/2013 membanjiri stesen bas Terminal Inanam . Dianggarkan seramai 80 orang siswa dan siswi baharu tiba bersama ibunda dan ayahanda tercinta setia menanti dengan sinaran mata kegembiraan menanti bas untuk pergi ke kampus . Kepenatan ahli jawatankuasa Sambutan Pelajar UMS bergaur dengan kegembiraan ketika menyambut kehadiran adik-adik baru UMS. Dalam kepenatan mereka melaksanakan tugas dengan berdedikasi dan ceria. Pelbagai ragam dapat dilihat ketika adik-adik baharu mengangkat bagasi-bagasi mereka yang tidak kurang dari 3 buah bagasi. Nampaknya adik-adik baharu kita membawa satu almari pakaian untuk tinggal di UMS. Al maklumlah,pertama menjejak kaki ke alam universiti . Diharapkan semangat siswa dan siswi baharu tidak lah pudar sehingga mereka menamatkan pengajian mereka sehingga berjaya .






Disediakan oleh :
NUR AFIQAH BINTI JAMIRIN ( Wartawan)
SADDAM BIN IDRES (Juru Foto)

SAMBUTAN PELAJAR DI TERMINAL 2


Sambutan hari pertama MSM bermula seawal jam 7 pagi. Ketibaan para pelajar baharu disambut mesra oleh para petugas abang-abang dan kakak-kakak PSM yang sedia menanti di Balai Ketibaan. Pelbagai reaksi boleh dilihat daripada adik-adik junior sebaik sahaja keluar daripada Balai Ketibaan. Ada yang tersenyum mesra, gembira dan excited  nak memulakan kehidupan baru sebagai pelajar. Selain itu, tak kurang juga yang rasa takut, sedih dan gelisah memikirkan kehidupan kampus yang bakal di tempuhi.


          Ibu bapa yang menemani anak-anak mereka juga menyatakan perasaan yang sangat gembira kerana anak-anak yang disayangi dapat menjejakkan kaki ke UMS. Ada diantara mereka juga berasa gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini. Kakak dan abang PSM juga turut gembira menguruskan ketibaan para pelajar baharu ini.


Kami mewakili jawatankuasa pelaksana MSM mengucapkan selamat datang ke Sabah amnya dan khususnya ke Universiti Malaysia Sabah. Bermulalah kehidupan sebagai mahasiswa/i dan selamat menempuhi kehidupan kampus!
WARTAWAN: RAMLAH &SABRINA
JURUFOTO: L. RAWIE


SAMBUTAN PELAJAR DI TERMINAL 1


Walaupun sudah menjelang  hari kedua bagi pendaftaran MSM , kehangatan menyambut generasi baru UMS masih terasa di KKIA Terminal I. Krew yang bertugas untuk menyambut mereka telah terpacak di airport seawal jam 7 pagi lagi bagi memastikan generasi baru tidak tersesat di airport dan berasa jangal di tanah baru.

Tepat jam 10.10 pagi, kelibat generasi baru yang diberi nama Wong Kean Mun yang berasal dari Ipoh ,Perak  telah di ‘ capture ‘ oleh lensa kami. Dari apa yang dapat dilihat oleh kami, nampaknya airport Terminal I ini lebih famous di kalangan siswa dan siswi yang berbangsa Cina. Sekelip mata sahaja bas UMS telah penuh dengan kehadiran  mereka.

Kami juga dapat melihat kasih sayang seorang ibu berasal dari Sarawak yang sanggup menghantar anaknya ke negeri sebelah untuk belajar. Sebak rasa dihati bila melihat air mata mula menitis di pipi mereka. Huhuhuu.. Diharapkan Prissilla dapat menjadikan kenangan ini sebagai semangatnya untuk bertahan di UMS sehingga tamat pengajian. Buat adik-adik yang datang dengan sister dan brother masing-masing, hargailah pengorbanan mereka okay J Sekian dari lensa mata kami.. Wassalam..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...