Total Pageviews

Friday, 9 September 2011

Laporan Pendaftaran Akademik bagi pelajar beraliran Sastera.

Masa : 1.30pm-4.30pm
Tarikh : 9 September 2011
Tempat : Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Siswa-siswi baharu yang terdiri daripada aliran Sastera sedang menunggu giliran masuk ke dalam perpustakaan untuk membuat pendaftaran kursus mengikiut sekolah. Antara sekolah yang tergolong dalam dalam aliran sastera ialah Sekolah Sains Sosial (SSS), Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) dan beberapa buah sekolah lagi.

Suasana di luar legar perpustakaan yang dipenuhi oleh siswa siswi baharu yang dibahagikan mengikut sekolah masing-masing untuk masuk ke dalam perpustakaan dan mendaftar kursus secara online di Megalab.

Pegawai-pegawai perpustakaan turut terlibat sama dalam melancarkan pengurusan pendaftaran kursus bagi siswa-siswi baharu bagi sesi 2011/2012.

PSM turut sama membantu siswa-siswi baharu yang sedang mendaftar kursus sambil menjelaskan serba sedikit mengenai kursus yang bakal mereka ambil bagi semester pertama mereka di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pelajar antarabangsa yang berasal dari China ini juga turut bersama-sama dengan pelajar tempatan mendaftar kursus yang mereka ambil di UMS. Majoritinya mereka mengambil kursus di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE).

                                                                                              Dilaporkan oleh: Zulfa, Emma, Suryana dan Suzie

Laporan Pendaftaran Akademik Aliran Sains ( SPTA, SSMP, SPL, SKTM, SST)

Tarikh : 09 September 2011

Masa : 1.30  p.m – 3.45 p.m

Tempat : Makmal Komputer Unit Media dan Teknologi Pendidikan 

Mahasiswa dan mahasiswi  aliran sains beratur untuk menaiki bas menuju ke UMTP. Mahasiswa dan mahasiswi sempat berkenalan dengan rakan - rakan yang lain dengan ramah mesra  justerus melambangkan semangat 1 Malaysia dan 1 UMS di dalam kampus induk ini. Barisan mahasiswa dan mahasiswi ini terri dari golongan pelajar SSMP, SPTA, SPL, SKTM dan SST. Disamping itu juga presiden Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Saudara Khalil bin Sabu turut turun padang bagi berama mesra dengan PSM yang bertugas serta mahasiswa yang sedang menunggu bas.
Kedatangan  Mahasiswa dan mahasiswi baru di perkarangan UMTP disambut dengan mesra dan meriah oleh wakil  sekolah masing- masing.Tujuan utama para Persatuan Mahasiswa (PM) sekolah ini adalah bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi mengetahui  proses - proses pendaftaran di dalam UMTP serta memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar.
Pelbagai ragam mahasiswa dan mahasiswi baru mambuat pendaftaran di UMTP yang dibantu oleh pegawai pendaftar, PM sekolah dan pensyarah  masing - masing.
Selain dari itu juga, UMTP turut menyediakan perkhimatan penyediaan kad pelajar bagi semua pelajar UMS.

By : Jenny & Vendy

LAPORAN PROGRAM BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN TINGGI KPT


TARIKH:                9 SEPTEMBER 2011


MASA:                  10.30 PG – 12.30 TGH

TEMPAT: DEWAN CANSELOR


Program Bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah dimulakan dengan terus dengan ucapan oleh Ketua Pengarah sendiri iaitu, Prof. Dr. Rujhan bin Mustafa. Program ini turut dihadiri oleh dif-dif kehormat yang terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi UMS. Terdapat beberapa perkara penting yang telah disampaikan oleh beliau termasuklah amanat serta nasihat yang penting sebagai pedoman kepada para mahasiswa & mahasiswi baharu sepanjang melanjutkan pelajaran di UMS. Akhir sekali, ruang dan masa program telah diisi dengan sesi soal jawab diantara pelajar dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPT. Seramai 4 pelajar baharu yang telah tampil mengutarakan soalan-soalan kepada ketua Pengarah yang berkaitan dengan cara penilaian ke Institut Pengajian Tinggi.

Setelah tamat sesi soal jawab tersebut, perarakan keluar dif-dif kehormat yang didahului Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPT. Beliau juga sempat bersalam dengan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta para mahasiswa & mahasiswi baharu UMS.



LAPORAN MAJLIS IKRAR DAN AKU JANJI BAGI SESI 2011/2012

Tarikh : 9 September 2011

Masa  : 8.00 am – 10.30 am

Tempat : Dewan Canselor




Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa bin Haji Aman, Menteri Besar Sabah sedang menyampaikan amanat beliau kepada pelajar-pelajar baharu. Beliau turut menasihati siswa-siswi  baharu agar lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan di menara gading kerana mereka merupakan generasi yang bakal menerajui tunggak pemerintahan negara pada masa hadapan.

Majlis lafaz ikrar dan aku janji sedang berlangsung di hadapan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan pegawai-pegawai utama Universiti Malaysia Sabah  yang diketuai oleh wakil-wakil dari setiap sekolah yang terdapat di Universiti Malaysia  Sabah.

Siswa-siswi baharu kelihatan begitu bersemangat ketika melafazkan ikrar dan aku janji.  Kini, mereka telah bergelar mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Sabah dan mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menunaikan ikrar yang telah dilafazkan.Siswa-siswi baharu sedang memegang kertas ikrar  aku janji yang akan ditandatangani  selepas sahaja selesai majlis lafaz ikrar dan akujanji. Kertas tersebut akan diambil semula sebagai bukti bahawa mereka telah memetrai perjanjian dengan pihak universiti dalam mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Program Pengenalan Pegawai – pegawai utama UMS sesi 2011/ 2012 di Dewan Canselor sempena Minggu Suai Mesra

Tarikh    :               8 September 2011

Masa     :               8pm – 10pm

Tempat :               Dewan Chanselor


Ketibaan Naib Canselor UMS Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon  ke  Majlis Pengenalan Pegawai – pegawai utama UMS. Sebanyak 7 orang pegawai utama dan ikuti oleh pegawai – pegawai kanan.



Semua hadirin berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan lagu negeri Sabah dan lagu “Bertekad Cemerlang”. Semua mahasiswa/mahasiswi menyanyikan lagu dengan penuh tenaga dan semangat.

Naib Canselor UMS Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon memberikan ucapan kepada para mahasiswa/I  sempena Minggu Suai Mesra. Naib canselor memberikan sedikit gambaran kepada para mahasiswa dan mahasiswi menegenai selek – belok sebagai seorang mahasiswa/i. Naib canselor juga memberikan nasihat kepada para mahasiwa dan mahasiswi mengenai perlakuan terpuji yang harus ditunjukkan oleh mahasiswa/I sepanjang menuntut di UMS.

Semua Mahasiwa dan Mahasiswi yang hadir memberikan perhatian sepenuhnya bagi mendengar  apa yang hendak disampaikan oleh Naib Canselor iaitu Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon .

Segelintir mahasiswa/I mengambil kesempatan membaca bulletin yang diedarkan oleh ahli PSM dari bahagian Publisiti dan Kewartawanan.  Buletin tersebut memberikan informasi yang diperlukan oleh mahasiswa dan isu – isu yang berlaku sepanjang Minggu Suai Mesra. Buletin tersebut dikeluarkan setiap malam pada sepanjang  MSM.

Ahli PSM dari bahagian publisiti dan kewartawanan mengedarkan bulletin – bulletin kepada para mahasiswa/i. Sebanyak  tiga ribu bulletin diedarkan kepada para mahasiswa/i.

Ahli – ahli psm dari beberapa bahagian membantu seorang pelajar perempuan yang mengalami kesukaran bernafas. Pelajar perempuan tersebut kemudian dikejarkan ke hospital UMS untuk rawatan segera. Respons pantas dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh ahli PSM dan bahagian paramedic yang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Salah seorang PSM dari bahagian publisiti turut memberi pertolongan.


Kepulangan Pegawai – pegawai utama UMS yang diketuai oleh Naib Canselor UMS Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Perarakan kepulangan mereka di iringi oleh ahli PSM dari bahagian Protokol.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...