Seterusnya
pada pukul 10 pagi diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa di kolej
kediaman AB. Majlis tersebut dihadiri oleh Y.Bhg. Naib Canselor iaitu
Prof. Dr. Mohd Harun Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan
Inovasi), Prof.Dr.Shahril Yusof, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa), Prof.Dr.Shariff Abd. Kadir S. Omang Al-Haj dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni), Prof.Madya Datuk Dr.Hj.Kasim Hj. Md.Mansur bersama dengan
pegawai-pegawai utama UMS. Majlis tersebut disambut dengan meriah oleh para ibu
bapa dan terdapat juga sesi soal jawab di antara ibu bapa dengan pegawai UMS
dalam majlis tersebut. Isu utama yang hangat dibincangkan ialah berkaitan
dengan urusan PTPTN , isu penginapan, pengangkutan dan lain-lain.
Disediakan
oleh: Lawrina Timpu & Lim Kai Wai
Jurufoto:
Voon Suk Yeng & Lee Yi Ling



