Total Pageviews

Wednesday, 7 September 2011

Assalamualaikum wbt dan Salam Revolusi Mahasiswa

‘ Selamat  Datang Mahasiswa Mahasiswi ‘

Terlebih dahulu syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita dapat memulakan sesi pengajian baharu 2011/2012. Syukur Alhamdulilah kerana kita bersama-sama dalam Minggu Suai Mesra bagi tahun ini sempena menyambut kedatangan siswa/i baharu yang akan mendaftar untuk melanjutkan pelajaran di  Universiti ini.

Di kesempatan ini, rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan saudara dan saudari kerana telah berjaya dan terpilih untuk memasuki Universiti Malaysia Sabah.

Nasihat saya kepada mahasiswa/i, manfaatkanlah peluang yang ada sepanjang pengajian anda di Universiti ini. Kenalilah Universiti ini dengan lebih dekat dan jadikanlah pengalaman anda melanjutkan pengajian di Universiti ini sebagai suatu kenangan yang indah .

Akhir kata, saya mendoakan kejayaan adik-adik sekalian sepanjang mengikuti pengajian di Universiti ini dan semoga memperoleh kejayaan yang diharapkan oleh keluarga yang tercinta.

Ikhlas,  
Zumadi Andi Makaraseng
Ketua Pengarah Minggu Suai Mesra Sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Sabah

Assalamualaikum wbt dan Salam Revolusi Mahasiswa

Terlebih dahulu syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita dapat memulakan sesi pengajian baharu 2011/2012. Syukur Alhamdulilah kerana kita bersama-sama dalam Minggu Suai Mesra bagi tahun ini sempena menyambut kedatangan siswa/i baharu yang akan mendaftar untuk melanjutkan pelajaran di  Universiti ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan saudara dan saudari kerana berjaya dan terpilih untuk memasuki Universiti Malaysia Sabah. Ambillah ruang dan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk menimba ilmu selama tiga, empat atau lima tahun di kampus ini. Saya percaya satu amanah dan tanggungjawab sudah terpikul di bahu saudara dan saudari sekalian kerana harapan  keluarga untuk melihat segulung ijazah tanda kejayaan saudara saudari sekalian.

Saya selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah sesi 2010/2011 mewakili seluruh saf kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Dalam masa yang sama, sempena bulan kemerdekaan negara kita yang tercinta  yang ke-54 ini, saya mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan buat semua mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah.

Marilah kita sama-sama menghayati makna sejarah kemerdekaan tanahair kita kerana sebagai generasi muda pada hari ini, tidak seharusnya melupakan darah dan keringat pejuang bangsa dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Saya kira tanggungjawab kita sangat berat pada hari ini iaitu untuk mengekalkan kemerdekaan tanahair tercinta.

Akhir sekali, saya mendoakan agar saudara dan saudari sekalian akan terus berjaya di Universiti Malaysia Sabah ini.

Ikhlas,  
Khalil Bin Sabu
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Malaysia Sabah Sesi 2010/2011
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

‘ Salam  1UMS, Salam Kampus Ceria’

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. penghulu sekalian nabi.

Terlebih dahulu saya amat berbangga dan mengalu-alukan yang saudara/saudari, mahasiswa/i baru yang memilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah ini. Saya juga di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat datang dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.

Mahasiswa/i sekalian, sebagai seorang pelajar , sudah semestinya anda semua mempunyai aspirasi dan bercita-cita tinggi untuk berjaya, jadi tekadkanlah  aspirasi saudara/saudari itu agar menjadi satu realiti kerana itulah aset yang amat penting bagi membolehkan saudara/saudari bersaing di peringkat global.


Keberadaan di Universiti tidak bermakna hanya untuk menuntut ilmu semata-mata kerana yang lebih penting ialah mahasiswa/i sekalian perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat menghadapi persaingan dunia luar yang tidak menentu dan serba mencabar. Ingatlah, manusia tanpa ilmu bagaikan seorang yang buta. Untuk berjalan ia memerlukan panduan serta bimbingan . Sekiranya manusia ingin mengecapi sesuatu kejayaan, maka cahaya petunjuk yakni ilmu amatlah di perlukan.  

Sekian.
Ikhlas Daripada.
Mohamad Aiman bin Amir
Naib Presiden (Kampus Antarabangsa Labuan)
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011
Universiti Malaysia Sabah

Majlis Ramah Mesra Naib Canselor Bersama Ibu Bapa

Tarikh: 7 September 2011

Masa: 10am-11.30am

Tempat: Laman Graduan ,Dewan Canselor UMS
Majlis Ramah Mesra turut dihadiri beberapa Ahli Tertinggi Universiti Malaysia Sabah (UMS) antaranya ialah Naib Canselor UMS Y. Bhg. Jen.Prof.Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Amran Ahmed, Timbalan Naib Canselor UMS
(Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah Pendaftar UMS Encik Abdullah Hj. Mohd. Said, serta  Ketua Pengarah Program Minggu Suai Mesra sesi 2011/2012 Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani.

Naib Canselor UMS, Y. Bhg. Jen.Prof.Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon sedang memberi ucapan ramah mesra bersama ibu bapa di Laman Graduan, Dewan Canselor,UMS.

Sesi soal jawab juga dilakukan dalam majlis tersebut.Ibu bapa yang mempunyai pertanyaan dan soalan boleh dikemukekan semasa sesi soal jawab.

Ketua Pengarah Minggu Suai Mesra , Prof.Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani (Dekan SSMP) sedang menjawab soalan yang dikemukakan oleh ibu bapa.

Semua Ibu bapa yang menghantar mahasiswa dan mahasiswi baharu ke UMS turut dijemput untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Naib Canselor Bersama Ibu Bapa yang diadakan di Laman Graduan,Dewan Canselor,UMS.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga mengambil kesempatan untuk membuat temu bual dengan Naib Canselor UMS, Y. Bhg Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon apabila Majlis Ramah Mesra Naib Canselor bersama ibu bapa selesai.

Pendaftaran Universiti Mahasiswa dan Mahasiswi baharu Universiti Malaysia Sabah sesi 2011/2012

Tarikh: 7 September 2011
Masa: 7am-12pm
Tempat: Dewan Canselor
Mahasiswa dan mahasiswi baharu sesi 2011/2012 beratur di kaunter semakan dokumen untuk disemak  oleh PSM dari bahagian pendaftaran dan persembahan sebelum membuat pendaftaran di dalam Dewan Canselor.


Mahasiswi baharu sibuk mengisi borang dan dokumen sambil menunggu giliran untuk mendaftar dan serahan borang serta membuat bayaran pendaftaran.
Staf dari bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan staf dari bahagian Kewangan juga membantu mahasiswa dan mahasiswi baharu untuk membuat pendaftaran kolej kediaman dan bayaran pendaftaran.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Y.Bhg Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. kamaruzaman Hj Ampon turut hadir ke pendaftaran universiti di Dewan Canselor untuk beramah mesra dengan mahasiswa dan mahasiswi baharu UMS bagi sesi 2011/2012.
PSM dari bahagian protokol sedang memberi penerangan yang lebih lanjut tentang perjalanan pendaftaran universiti kepada mahasiswa baharu dan juga menyusun tempat duduk mahasiswa baharu.

Pendaftaran Pelajar Baharu Di UMS Kolej Kediaman AB sempena Minggu Suai Mesra (MSM) sesi 2011/2012

Tarikh                    :               7 September 2011          
Masa                     :               2pm – 4.30pm  
Tempat                 :               Kolej Kediaman AB, CD,E
          
Para PSM dari bahagian pendaftaran pelajar bekerjasama dengan kakitangan UMS bagi menyelesaikan pendaftaran kolej dan pendaftaran kad matrik bagi mahasiswa dan mahasiswi baru. Pendaftaran dilakukan disemua kolej kediaman secara serentak.
Seorang PSM menerangkan kepada mahasiwa baru mengenai prosedur pendaftaran dan pengambilan kunci bilik.
Para PSM dari bahagian urusetia dan riadah pula kemudiannya  memberikan buku panduan, paying, beg, baju MSM kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang telah selesai dengan proses pendaftaran.
PSM dari bahagian kebajikan pula mengenali pelajar – pelajar yang memerlukan khusus dan mempunyai masalah kesihatan. Ini adalah untuk memastikan kebajikan dan kesihatan mereka diperhatikan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Para PSM dari bahagian publisiti dan kewartawanan berjaya meluangkan masa dengan beberapa orang mahasiswa / mahasiswi baru dan seterusnya menemu ramah mereka bagi mendapatkan pendapat mereka mengenai suasana UMS dan keingina, harapan serta cita – cita mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...