Tarikh : 07 September 2011
Masa : 08.00 pm – 10.30 pm
Tempat : Dewan Canselor
Tempat : Dewan Canselor
Saudara Mohd Sallehan Syah selaku PSM dari bahagian protokol merangkap ‘Abang Siswa’ memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai perjalanan termasuk tatatertib yang betul sepanjang upacara taklimat MSM dijalankan. Selain itu juga. Para pelajar juga dihiburkan dengan beberapa aktiviti yang mencuit hati sementara menunggu ketibaan para pegawai utama MSM yang diiringi oleh Majlis Perwakilan Pelajar.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Razali bagi memberkati lagi sesi taklimat bersama Mahasiswa dan Mahasiswi baru sesi 2011/2012.Setelah tamat upacara taklimat diadakan, perarakan keluar dewan oleh para pegawai tertinggi MSM yang diiringi oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar dimulakan bagi menghadiri jamuan ringan yang telah disediakan di ruangan Bankuasi. Selepas itu, PSM dari bahagian jamuan dan makanan pula mula mengagihkan makanan serta minum malam dengan dibantu oleh PSM dari bahagian yang lain.
No comments:
Post a Comment