Total Pageviews

Friday, 9 September 2011

Laporan Pendaftaran Akademik bagi pelajar beraliran Sastera.

Masa : 1.30pm-4.30pm
Tarikh : 9 September 2011
Tempat : Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Siswa-siswi baharu yang terdiri daripada aliran Sastera sedang menunggu giliran masuk ke dalam perpustakaan untuk membuat pendaftaran kursus mengikiut sekolah. Antara sekolah yang tergolong dalam dalam aliran sastera ialah Sekolah Sains Sosial (SSS), Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) dan beberapa buah sekolah lagi.

Suasana di luar legar perpustakaan yang dipenuhi oleh siswa siswi baharu yang dibahagikan mengikut sekolah masing-masing untuk masuk ke dalam perpustakaan dan mendaftar kursus secara online di Megalab.

Pegawai-pegawai perpustakaan turut terlibat sama dalam melancarkan pengurusan pendaftaran kursus bagi siswa-siswi baharu bagi sesi 2011/2012.

PSM turut sama membantu siswa-siswi baharu yang sedang mendaftar kursus sambil menjelaskan serba sedikit mengenai kursus yang bakal mereka ambil bagi semester pertama mereka di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pelajar antarabangsa yang berasal dari China ini juga turut bersama-sama dengan pelajar tempatan mendaftar kursus yang mereka ambil di UMS. Majoritinya mereka mengambil kursus di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE).

                                                                                              Dilaporkan oleh: Zulfa, Emma, Suryana dan Suzie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...