Total Pageviews

Thursday, 8 September 2011

Laporan perjalanan Minggu Suai Mesra Sesi 2011/2012 di kolej kediaman A/B, C/D, dan E

Tarikh : 07 September 2011
Tempat : Kolej Kediaman A/B,C/D, dan E
PSM dari bahagian urus setia di kampung A/B sedang mengumpulkan pakej-pakej yang akan diagihkan kepada pelajar-pelajar baru.
Terdapat juga Ibu bapa menunggu kedatangan anak-anak mereka yang sedang membuat pendaftaran universiti dan kolej kediaman di Dewan Canselor.
P
ihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut menyediakan perkhidmatan bas untuk menhantar pelajar ke Dewan Canselor dan di kolej kediaman mereka masing-masing.

PSM dari bahagian makanan juga menyediakan sarapan untuk pelajar-pelajar baharu.

Sesi pengambilan gambar pelajar-pelajar baharu yang akan digunakan untuk  kad matrik  dilakukan selepas pendaftaran di Dewan Canselor.

Pengagihan pakej kepada pelajar baharu yang dilakukan di kediaman masing-masing.

Para PSM sedang menunggu kedatangan pelajar-pelajar baharu untuk mendapatkan pakej-pakej mereka.
Pihak PSM dari bahagian kebajikan dan kesihatan turut bertanggungjawab untuk menandakan tag nama pelajar baharu yang mempunyai masalah kesihatan, vegetarian dan allergic.


Pihak JAKMAS kolej E sedang berkerjasama dengan PSM dari bahagian urus setia untuk mengagihkan pakej serta mendaftarkan semula nama pelajar-pelajar baharu mengikut bilik yang telah ditetapkan.Kelihatan pelajar-pelajar baharu datang bersama ibu bapa mereka.

Kaunter gambar yang dibuka di Kolej E lebih banyak berbanding kolej kediaman yang lain untuk mengelakkan kesesakan keranna kolej E menempatkan lebih ramai pelajar-pelajar baharu.

Kaunter PALAPES yang disediakan untuk membantu pelajar-pelajar baharu.

Majlis ramah mesra bersama ibu bapa diadakan di perkarangan kolej kediaman E.

Kafe kolej kediaman E kelihatan sesak dipenuhi oleh pelajar-pelajar baharu dan ibu bapa sekitar pukul 11.30 pagi.

Kawasan penempatan bagasi-bagasi pelajar di kolej kediaman E.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...