Tarikh : 9 September 2011
Masa : 1.30 – 5.00 petang
Tempat : Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP)
Pelajar baharu bagi Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP) diiring oleh PSM serta turut dibantu oleh anggota Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (PMSSMP) untuk membawa mereka ke perkarangan SSMP.
Para pelajar baharu SSMP diberi makan tengah hari sebelum sesi Program Bersama Sekolah bermula di Bilik Seminar SSMP tingkat 1.
Dekan SSMP serta juga hampir semua pensyarah SSMP turut hadir di sesi pengenalan antara pensyarah dan para pelajar baharu SSMP.
Sesi Program Bersama sekolah dihadiri oleh Dekan SSMP iaitu Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani yang juga merupakan Ketua Pengarah Minggu Suai Mesra Sesi 2011/2012.
Gambar diatas menunjukkan keadaan di dalam Bilik Seminar SSMP yang dipenuhi oleh para pelajar baharu yang sedang mendengar penerangan mengenai kakitangan SSMP oleh Dekan SSMP.
No comments:
Post a Comment