Total Pageviews

Sunday, 11 September 2011

Laporan Taklimat Bahagian Perkhidmatan Akademik.


Masa : 8.00am-10.00am


Tempat : Dewan Canselor
Tarikh : 11 September 2011.



Siswa dan siswi baharu menanti ketibaan Yg Berusaha Prof. Dr. Amran Ahmed selaku Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS.  Ajk Protokol dan dibantu oleh PSM yang lain membuat persiapan dengan rapi sebelum bermulanya taklimat.  Sementara menanti ketibaan Yg Berusaha Prof. Dr. Amran Ahmed, siswa siswi mengambil peluang untuk membaca buku prospektus bagi memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang bakal di sampaikan.

Ketibaan Yg Berusaha Prof. Dr. Amran Ahmed disambut dengan penuh hormat dan diiringi dengan tepukan gemuruh oleh siswa siswi baharu dan PSM yang berada di dalam Dewan Canselor.  Kedatangan beliau juga turut diiringi oleh para pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA).

Yg Berusaha Prof. Dr. Amran Ahmed menerangkan mengenai Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) yang merangkumi fungsi serta strukturnya, akta universiti dan kolej universiti.  Beliau juga turut memperkenalkan setiap pegawai yang berada di bawah BPA.  Selain itu, beliau menjelaskan bahawa siswa siswi perlu mengambil perhatian tentang Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).  Siswa siswi baharu mendengar dengan teliti taklimat yang disampaikan.

Setelah selesainya taklimat BPA, beliau serta para pegawai Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) diiringi keluar dari Dewan Canselor menuju ke bilik jamuan Dewan Bangkuasi untuk menikmati minum pagi.

Dilaporkan oleh: Sur yanah, Zur Emma, Azanlee dan Suzie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...