Total Pageviews

Monday, 5 September 2011

Sambutan Pelajar UMS di Terminal Air Asia.

Tarikh : 6 September 2011 Masa : 1.20pm-3.30pmTempat : Terminal 2 Air Asia


Pembimbing Suai Mesra (PSM) sesi 2011/2012 dari bahagian sambutan pelajar sudah bersedia untuk menyambut kedatangan pelajar- pelajar baharu yang bertempat di Terminal 2 sempena Minggu Suai Mesra yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah.
PSM dari bahagian publisiti dan kewartawanan sedang menemubual beberapa pelajar baharu yang baru sahaja tiba.
Turut terlibat dalam aktiviti kali ini adalah sebahagian besar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Chin Chee Keong turut sama menghadirkan diri untuk menyambut kedatangan pelajar baharu. Beliau juga sempat untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar baharu.
Pengedaran tag dilakukan untuk menandakan bagasi-bagasi pelajar baharu mengikut kolej kediaman masing-masing.

PSM dari bahagian logistik sedang menerangkan dengan lebih lanjut mengenai penghantaran bagasi dan pelajar ke kolej kediaman mereka.
Para PSM sedang sibuk memunggah bagasi pelajar-pelajar baharu ke dalam lori yang telah disediakan khas untuk di hantar ke kolej kediaman yang telah ditetapkan.

Pelajar-pelajar baharu kelihatan tidak sabar untuk tiba ke Universiti Malaysia sabah dan melihat sendiri keadaan kolej kediaman mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...