Tarikh : 6 September 2011
Masa : 4pm-6pm
Tempat : Terminal Inanam
Pembimbing Suai Mesra (PSM) sesi 2011/2012 dari bahagian sambutan pelajar telah bersiap sedia bagi tujuan menyambut kedatangan mahasiwa / mahasiswi baharu yang bertempat di Terminal Inanam sempena minggu suai mesra yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah. Para mahasiswa dan mahasiswa baru dijangka tiba dari empat tempat berlainan iaitu Sandakan , Kunak, Lahad Datu, Tawau.
PSM dari bahagian sambutan pelajar bersiap – sedia dengan kaunter bagi menyambut dan merekodkan mahasiswa / mahasiwi yang telah sampai ke Terminal dari Kampung Halaman.
PSM dari bahagian logistic memberi taklimat kepada para pelajar mengenai proses pengklasifikasikan (Tagging ) bagasi – bagasi. Proses ini dilakukan untuk menghantar bagasi – bagasi pelajar ke kolej kediaman masing – masing.
Pelajar – pelajar baharu kelihatan tidak sabar untuk tiba ke Universiti Malaysia Sabah dan melihat sendiri keadaan kolej kediaman mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment