Sebelum bermulanya majlis taklimat MSM, abang ‘siswa’, saudara Mohd.
Juhar mengajar pelbagai jenis tepukan kepada siswa dan siswi baharu. Antara
tepukan yang dipelajari adalah tepuk-tepuk semangat, zumba-zumba sweet,
cumma-cumma kiss-kiss, tepuk-tepuk ding-ding dan tepuk-tepuk terima kasih.
Tepukan yang dipelajari cukup menghiburkan para siswa/siswi baharu.
Siswa/siswi
baharu mempraktikkan tepukan yang dipelajari
Ketibaan
masuk Timbalan Naib Canselor UMS diiringi oleh para pegawai UMS
Seterusnya, taklimat
Minggu Suai Mesra & HEPA dimulakan dengan kedatangan para pegawai UMS
diikuti dengan ketibaan masuk Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar &
Alumni (HEPA), Prof. Madya Hj. Kassim Hj. Mad Mansur. Timbalan Naib Canselor
HEPA memperkenalkan barisan pengurusan akademik tertinggi UMS. Antara
pegawai-pegawai yang diperkenalkan adalah dekan-dekan sekolah, pegawai-pegawai
hal ehwal pelajar dan alumni, ketua-ketua jabatan serta dekan-dekan kolej
kediaman UMS. Pengenalan para pegawai UMS ini adalah penting kepada para
siswa/siswi baharu agar mudah untuk mereka berurusan kelak.
Siswa/siswi
mendengar taklimat yang disampaikan oleh TNC HEPA
Siswa/siswi
menyanyikan lagu Bertekad Cemerlang
Selepas
berakhirnya sesi taklimat Timbalan Naib Canselor HEPA tersebut, para
siswa/siswi baharu dikehendaki menyanyikan lagu ‘Bertekad Cemerlang’ dan
seterusnya diberikan sedikit penerangan mengenai aturcara penting keesokan
harinya iaitu majlis amanat pro-canselor UMS. Siswa/siswi baharu juga turut diberikan
rehearsal untuk acara penting
tersebut.
Disediakan oleh: Sabrina & Rahmad
Jurufoto: Rahmad & Iman
No comments:
Post a Comment