TAJUK :
TAKLIMAT PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
TARIKH :
04 SEPTEMBER 2012
TEMPAT :
BILIK KULIAH PKPP
Pusat penataran ilmu dan bahasa di
tubuhkan untuk merealisasikan visi dan misi UMS, iaitu melahirkan pelajar yang
berketrampilan dan seimbang dalam semua bidang ilmu pengajiannya. Pada hari
ini, taklimat PPIB bagi kesemua Mahasiswa/I bhaharu telah diadakan di enam buah
tempat yang berasingan. Pertama, Sekolah
Pertanian Lestari diadakan di Bilik Seminar, Anjung Siswa. Kedua di DKP1 bagi
Sekolah Sains dan Teknologi dan Sekolah Kejuruteraan. Ketiga di DKP2 bagi
Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa dan Sekolah Sains Makanan dan
Pemakanan. Manakala keempat pula, di Dewan Canselor bagi pelajar sastera
seperti Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial,
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Pengajian Seni dan Sekolah
Sains Sosial. Bagi pelajar yang mengambil jurusan perubatan pula di Bilik
Kuliah PKPP. Manakala bagi pelajar antarabangsa pula di Dewan Bankuasi
Penawaran kursus di Pusat Penataran
Ilmu dan Bahasa di kelompokkan dalam tiga gugusan iaitu Gugusan Wajib
Universiti (6 jam kredit), Gugusan Bahasa-bahasa (8 jam kredit) dan Gugusan
Pengajian Liberal (6 jam kredit).
Unit publisiti dan kewartawanan
telah membuat liputan taklimat PPIB di Bilik Kuliah PKPP untuk pelajar
perubatan sesi 2012/2013. Dalam taklimat tersebut menerangkan kepada
mahasiswa/I perubatan bahawa kursus bahasa yang mereka ambil adalah berasingan
dengan pelajar aliran lain sperti sains dan sastera. Di mana hanya empat jenis
bahasa yang perlu difokuskan iaitu Bahasa Arab, Bahasa Tamil, Bahasa
Kadazandusun dan Bahasa Mandarin. Tetapi Bahasa Mandarin akan dibuka jika
pelajar baharu lebih daripada 90 orang. Manakala, Kursus lain adalah sama seperti
pelajar aliran sains dan aliran sastera.
DISEDIAKAN OLEH : SITTI RADZIA BINTI ABDUL NASIP
JURUFOTO: SABRINA
No comments:
Post a Comment