Total Pageviews

Wednesday, 7 September 2011

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

‘ Salam  1UMS, Salam Kampus Ceria’

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. penghulu sekalian nabi.

Terlebih dahulu saya amat berbangga dan mengalu-alukan yang saudara/saudari, mahasiswa/i baru yang memilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah ini. Saya juga di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat datang dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.

Mahasiswa/i sekalian, sebagai seorang pelajar , sudah semestinya anda semua mempunyai aspirasi dan bercita-cita tinggi untuk berjaya, jadi tekadkanlah  aspirasi saudara/saudari itu agar menjadi satu realiti kerana itulah aset yang amat penting bagi membolehkan saudara/saudari bersaing di peringkat global.


Keberadaan di Universiti tidak bermakna hanya untuk menuntut ilmu semata-mata kerana yang lebih penting ialah mahasiswa/i sekalian perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat menghadapi persaingan dunia luar yang tidak menentu dan serba mencabar. Ingatlah, manusia tanpa ilmu bagaikan seorang yang buta. Untuk berjalan ia memerlukan panduan serta bimbingan . Sekiranya manusia ingin mengecapi sesuatu kejayaan, maka cahaya petunjuk yakni ilmu amatlah di perlukan.  

Sekian.
Ikhlas Daripada.
Mohamad Aiman bin Amir
Naib Presiden (Kampus Antarabangsa Labuan)
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011
Universiti Malaysia Sabah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...