TARIKH: 9 SEPTEMBER 2011
MASA: 10.30 PG – 12.30 TGH
TEMPAT: DEWAN CANSELOR

Program Bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah dimulakan dengan terus dengan ucapan oleh Ketua Pengarah sendiri iaitu, Prof. Dr. Rujhan bin Mustafa. Program ini turut dihadiri oleh dif-dif kehormat yang terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi UMS. Terdapat beberapa perkara penting yang telah disampaikan oleh beliau termasuklah amanat serta nasihat yang penting sebagai pedoman kepada para mahasiswa & mahasiswi baharu sepanjang melanjutkan pelajaran di UMS. Akhir sekali, ruang dan masa program telah diisi dengan sesi soal jawab diantara pelajar dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPT. Seramai 4 pelajar baharu yang telah tampil mengutarakan soalan-soalan kepada ketua Pengarah yang berkaitan dengan cara penilaian ke Institut Pengajian Tinggi.
Setelah tamat sesi soal jawab tersebut, perarakan keluar dif-dif kehormat yang didahului Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPT. Beliau juga sempat bersalam dengan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta para mahasiswa & mahasiswi baharu UMS.
No comments:
Post a Comment