Total Pageviews

Friday, 9 September 2011

LAPORAN MAJLIS IKRAR DAN AKU JANJI BAGI SESI 2011/2012

Tarikh : 9 September 2011

Masa  : 8.00 am – 10.30 am

Tempat : Dewan Canselor




Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa bin Haji Aman, Menteri Besar Sabah sedang menyampaikan amanat beliau kepada pelajar-pelajar baharu. Beliau turut menasihati siswa-siswi  baharu agar lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan di menara gading kerana mereka merupakan generasi yang bakal menerajui tunggak pemerintahan negara pada masa hadapan.

Majlis lafaz ikrar dan aku janji sedang berlangsung di hadapan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan pegawai-pegawai utama Universiti Malaysia Sabah  yang diketuai oleh wakil-wakil dari setiap sekolah yang terdapat di Universiti Malaysia  Sabah.

Siswa-siswi baharu kelihatan begitu bersemangat ketika melafazkan ikrar dan aku janji.  Kini, mereka telah bergelar mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Sabah dan mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menunaikan ikrar yang telah dilafazkan.Siswa-siswi baharu sedang memegang kertas ikrar  aku janji yang akan ditandatangani  selepas sahaja selesai majlis lafaz ikrar dan akujanji. Kertas tersebut akan diambil semula sebagai bukti bahawa mereka telah memetrai perjanjian dengan pihak universiti dalam mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...