Masa : 8pm – 10pm
Tempat : Dewan Chanselor
Ketibaan Naib Canselor UMS Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon ke Majlis Pengenalan Pegawai – pegawai utama UMS. Sebanyak 7 orang pegawai utama dan ikuti oleh pegawai – pegawai kanan.
Semua hadirin berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan lagu negeri Sabah dan lagu “Bertekad Cemerlang”. Semua mahasiswa/mahasiswi menyanyikan lagu dengan penuh tenaga dan semangat.
Naib Canselor UMS Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon memberikan ucapan kepada para mahasiswa/I sempena Minggu Suai Mesra. Naib canselor memberikan sedikit gambaran kepada para mahasiswa dan mahasiswi menegenai selek – belok sebagai seorang mahasiswa/i. Naib canselor juga memberikan nasihat kepada para mahasiwa dan mahasiswi mengenai perlakuan terpuji yang harus ditunjukkan oleh mahasiswa/I sepanjang menuntut di UMS.
Semua Mahasiwa dan Mahasiswi yang hadir memberikan perhatian sepenuhnya bagi mendengar apa yang hendak disampaikan oleh Naib Canselor iaitu Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon .
Segelintir mahasiswa/I mengambil kesempatan membaca bulletin yang diedarkan oleh ahli PSM dari bahagian Publisiti dan Kewartawanan. Buletin tersebut memberikan informasi yang diperlukan oleh mahasiswa dan isu – isu yang berlaku sepanjang Minggu Suai Mesra. Buletin tersebut dikeluarkan setiap malam pada sepanjang MSM.
Ahli PSM dari bahagian publisiti dan kewartawanan mengedarkan bulletin – bulletin kepada para mahasiswa/i. Sebanyak tiga ribu bulletin diedarkan kepada para mahasiswa/i.
Ahli – ahli psm dari beberapa bahagian membantu seorang pelajar perempuan yang mengalami kesukaran bernafas. Pelajar perempuan tersebut kemudian dikejarkan ke hospital UMS untuk rawatan segera. Respons pantas dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh ahli PSM dan bahagian paramedic yang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Salah seorang PSM dari bahagian publisiti turut memberi pertolongan.
Kepulangan Pegawai – pegawai utama UMS yang diketuai oleh Naib Canselor UMS Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Perarakan kepulangan mereka di iringi oleh ahli PSM dari bahagian Protokol.
No comments:
Post a Comment