Total Pageviews

Saturday, 1 September 2012

SAMBUTAN PELAJAR DI TERMINAL JESSELTON & PADANG BANDARAYA


Jesselton, 1 September 2012, Sabtu, 10:41 a.m. –  Penat-penat sudah si kakak dan abang menunggu kedatangan adik-adik baru di dua perhentian ini tetapi tiada satu batang hidung pun yang kelihatan. Terpaksa kami berulang-alik dari Jesselton ke Bandaran dan kemudian ke Jesselton semula semata-mata mahu melihat wajah-wajah handsome dan jelita adik-adik kami yang tersayang. Malangnya, terdapat kebarangkalian besar bahawasanya dunia sudah maju dan baby-baby tersebut sudah pun selamat sampai ke Universiti Malaysia Sabah yang tercinta melalui kenderaan sendiri. Atau mereka sampai sini tapi tidak kami perasan? Entahlah.. Asalkan adik-adik selamat sampai! 1st day di Jesselton dan Padang Bandaran, over and out! Assalammualaikum! ^_^

Kemunculan Yang Dinanti-Nantikan!
Jesselton, 1 September 2012, Sabtu, 1:01 p.m. – Setelah sekian lama “bertumbuh janggut”, akhirnya telah tiba feri yang ditunggu-tunggu sepanjang pagi. Memandangkan penantian di Padang Bandaran tidak membuahkan apa-apa hasil, peluang terakhir untuk menantikan baby-baby baru UMS akhirnya selamat tiba tepat jam 11:00 pagi di Pelabuhan Jesselton. Seorang gadis cute lahiran Perak setia menanti kedatangan para penyambut untuk membawanya ke universiti tercinta. Terdapat juga ramai pelajar yang lain turut tiba, namun kebanyakkannya menaiki kenderaan sendiri. Oh well, pastinya ibubapa tersayang mahu bersama anak mereka sampai saat-saat terakhirnya, kan? Selamat berorientasi! 1st day di Jesselton dan Padang Bandaran, over and out! Assalammualaikum! ^_^
Wartawan: Syuhaidah
Jurufoto: Sofian
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...