Total Pageviews

Saturday, 1 September 2012

PENDAFTRAN DI KOLEJ KEDIAMAN


Kolej Kediaman UMS, Sabtu, 01 September: Minggu Suai Mesra(MSM) kali ke-18 pada tahun ini telah dirombak sama sekali dengan satu transformasi yang baru.  Pada tahun ini, pendaftaran para pelajar baru telah dilaksanakan di kolej kediaman masing-masing seperti yang tertera di surat tawaran. Selesai membuat e-pendaftaran, para pelajar diarahkan untuk mengambil gambar bagi kad-matrik masing-masing. Para pelajar juga diberikan pakej pelajar yang menarik. (Sesiapa yang sudah mengambilnya,tengoklah sendiri yaa..hehe). Di samping itu, terdapat juga kaunter bendahari dan kaunter pertanyaan disediakan untuk memudahkan urusan pendaftaran.  Terdapat sesetengah pelajar datang dengan diiringi oleh ibu bapa masing-masing, namun terdapat juga segelintir pelajar yang datang bersendirian. Syabas kepada pelajar yang datang bersendirian, ini menandakan transformasi iaitu keluar dari kepompong jagaan ibu bapa dan bersedia menghadapi lembaran hidup yang baru sebagai mahasiswa/siswi di Universiti Malaysia Sabah. J









                 Seterusnya pada pukul 10 pagi diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa di kolej kediaman AB. Majlis tersebut dihadiri oleh Y.Bhg. Naib Canselor iaitu Prof. Dr. Mohd Harun Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof.Dr.Shahril Yusof, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof.Dr.Shariff Abd. Kadir S. Omang Al-Haj  dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof.Madya Datuk Dr.Hj.Kasim Hj. Md.Mansur bersama dengan pegawai-pegawai utama UMS. Majlis tersebut disambut dengan meriah oleh para ibu bapa dan terdapat juga sesi soal jawab di antara ibu bapa dengan pegawai UMS dalam majlis tersebut. Isu utama yang hangat dibincangkan ialah berkaitan dengan urusan PTPTN , isu penginapan, pengangkutan dan lain-lain. 
Disediakan oleh: Lawrina Timpu & Lim Kai Wai
Jurufoto: Voon Suk Yeng & Lee Yi Ling

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...