Sambutan hari pertama MSM bermula seawal jam 7 pagi.
Ketibaan para pelajar baharu disambut mesra oleh para petugas abang-abang dan
kakak-kakak PSM yang sedia menanti di Balai Ketibaan. Pelbagai
reaksi boleh dilihat daripada adik-adik junior
sebaik sahaja keluar daripada Balai Ketibaan. Ada yang tersenyum mesra, gembira
dan excited nak memulakan kehidupan baru sebagai pelajar.
Selain itu, tak kurang juga yang rasa takut, sedih dan gelisah memikirkan
kehidupan kampus yang bakal di tempuhi.
Ibu bapa
yang menemani anak-anak mereka juga menyatakan perasaan yang sangat gembira
kerana anak-anak yang disayangi dapat menjejakkan kaki ke UMS. Ada diantara
mereka juga berasa gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki ke negeri di
bawah bayu ini. Kakak dan abang PSM juga turut gembira menguruskan ketibaan
para pelajar baharu ini.
Kami mewakili jawatankuasa pelaksana MSM mengucapkan
selamat datang ke Sabah amnya dan khususnya ke Universiti Malaysia Sabah.
Bermulalah kehidupan sebagai mahasiswa/i dan selamat menempuhi kehidupan
kampus!
WARTAWAN:
RAMLAH &SABRINA
JURUFOTO:
L. RAWIE
No comments:
Post a Comment