Walaupun
sudah menjelang hari kedua bagi
pendaftaran MSM , kehangatan menyambut generasi baru UMS masih terasa di KKIA
Terminal I. Krew yang bertugas untuk menyambut mereka telah terpacak
di airport seawal jam 7 pagi lagi bagi memastikan generasi baru
tidak tersesat di airport dan berasa jangal di tanah baru.
Tepat jam 10.10 pagi, kelibat generasi baru
yang diberi nama Wong Kean Mun yang berasal dari Ipoh ,Perak telah di ‘ capture ‘ oleh lensa
kami. Dari apa yang dapat dilihat oleh kami, nampaknya airport
Terminal I ini lebih famous di kalangan siswa dan siswi yang
berbangsa Cina. Sekelip mata sahaja bas UMS telah penuh dengan kehadiran mereka.
Kami juga dapat melihat kasih sayang seorang
ibu berasal dari Sarawak yang sanggup menghantar anaknya ke negeri sebelah
untuk belajar. Sebak rasa dihati bila melihat air mata mula menitis di pipi
mereka. Huhuhuu.. Diharapkan Prissilla dapat menjadikan kenangan ini sebagai
semangatnya untuk bertahan di UMS sehingga tamat pengajian. Buat adik-adik yang
datang dengan sister dan brother masing-masing,
hargailah pengorbanan mereka okay J Sekian dari lensa mata kami..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment