Total Pageviews

Tuesday, 4 September 2012

AKTIVITI DALAM KUMPULAN


Laporan latihan dalam kumpulan di kampung CD
Tempat : dewan serbaguna kolej CD
Masa     : 8.00pm – 10.00pm
Hari        :  Selasa, 04 September 2012,
  
Malam ke – 4 msm pada sebelah malam di isi dengan slot LDK, semua siswa/i dibahagiakan mengikut kolej kediaman masing-masing AB, CD dan E. Bagi kolej CD, LDK dilakukan di dewan serbaguna kolej CD yang disertai oleh semua residen baharu kolej hingga membuatkan dewan kolej kelihatan sesak.

Semua siswa/i dibahagikan kepada setiap kumpulan yang mempunyai lelaki dan perempuan masing-masing 10 orang.

Pengisian LDK turut dijalankan dengan mempunyai 2 jenis permainan iaitu TRANFORMERS  dan SHOOT ME!. Semua pelajar amat seronok menyertai aktiviti LDK tersebut.

  
Berikut merupakan salah satu kumpulan bersama fasi dan mempunyai semangat kerjasama dan saling faham memahami antara satu sama lain serta berusaha melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh fasi. (apa yang penting KERJASAMA).
Disediakan oleh :
Wartawan : sofian, lawrina.
Jurufoto : Ramlah

PnK krew

TAKLIMAT PPIB UNTUK PELAJAR SPL


Tempat: Bilik Seminar HEP
Tarikh: 4 September 2012 (Selasa)
Masa: 1.30pm

Bilik Seminar HEP, Selasa, 4 September 2012: Siswa/siswi baru Sekolah Pertanian Lestari telah menghadiri taklimat universiti (PPIB). Taklimat tersebut khas disampaikan oleh pensyarah-pensyarah PPIB dari kampus SPL. Taklimat PPIB diketuai oleh Encik Budi Anto bin Mohd Tamring selaku pensyarah Hubungan Etnik dan Madam Gan Ling Ying sebagai pensyarah Bahasa Inggeris.
       Bagi sesi pengambilan pelajar baru kampus SPL, sebanyak 84 orang yang terdiri daripada 24 orang siswa dan 60 orang siswi. Para siswa dan siswi dibimbing oleh 10 orang PSM kampus SPL. Semangat satu keluarga amat boleh dijumpai semasa interaksi antara senior dan junior berlaku. Siswa/ siswi diberikan peluang bebas untuk mengemukakan persoalan semasa sesi soal jawab. Para pensyarah dan senior sungguh sanggup memberikan penerangan yang lebih lanjut  kepada adik-adik supaya mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang kehidupan di kampus dan info pendaftaran akademik. Perasaan kebimbangan dan kegelisahan dipaparkan oleh air muka mereka.  Siswa dan siswi teramat fokus dan serius akan membuat catatan tentang informasi yang disampaikan oleh para pensyarah dan senior. Kemesraan pensyarah dan senior cukup dirasai oleh para siswa dan siswi semasa taklimat dijalankan. Kerjasama antara senior membantu junior dalam menyelesaikan segala persoalan turut melancarkan perjalanan taklimat tersebut.

Disediakan oleh: Lim Kai Wai dan Lee Yi Ling
Jurufoto: Lim Kai Wai dan Lee Yi Ling

TAKLIMAT PPIB UTK PELAJAR SPU


TAJUK                   : TAKLIMAT PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
TARIKH                 : 04 SEPTEMBER 2012
TEMPAT               : BILIK KULIAH PKPP
                Pusat penataran ilmu dan bahasa di tubuhkan untuk merealisasikan visi dan misi UMS, iaitu melahirkan pelajar yang berketrampilan dan seimbang dalam semua bidang ilmu pengajiannya. Pada hari ini, taklimat PPIB bagi kesemua Mahasiswa/I bhaharu telah diadakan di enam buah tempat yang berasingan.  Pertama, Sekolah Pertanian Lestari diadakan di Bilik Seminar, Anjung Siswa. Kedua di DKP1 bagi Sekolah Sains dan Teknologi dan Sekolah Kejuruteraan. Ketiga di DKP2 bagi Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa dan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan. Manakala keempat pula, di Dewan Canselor bagi pelajar sastera seperti Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Pengajian Seni dan Sekolah Sains Sosial. Bagi pelajar yang mengambil jurusan perubatan pula di Bilik Kuliah PKPP. Manakala bagi pelajar antarabangsa pula di Dewan Bankuasi
            Penawaran kursus di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa di kelompokkan dalam tiga gugusan iaitu Gugusan Wajib Universiti (6 jam kredit), Gugusan Bahasa-bahasa (8 jam kredit) dan Gugusan Pengajian Liberal (6 jam kredit).
            Unit publisiti dan kewartawanan telah membuat liputan taklimat PPIB di Bilik Kuliah PKPP untuk pelajar perubatan sesi 2012/2013. Dalam taklimat tersebut menerangkan kepada mahasiswa/I perubatan bahawa kursus bahasa yang mereka ambil adalah berasingan dengan pelajar aliran lain sperti sains dan sastera. Di mana hanya empat jenis bahasa yang perlu difokuskan iaitu Bahasa Arab, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Mandarin. Tetapi Bahasa Mandarin akan dibuka jika pelajar baharu lebih daripada 90 orang. Manakala, Kursus lain adalah sama seperti pelajar aliran sains dan aliran sastera.  


DISEDIAKAN OLEH : SITTI RADZIA BINTI ABDUL NASIP
JURUFOTO: SABRINA

LAPORAN TAKLIMAT PPIB GUGUSAN SASTERA

Tarikh : 4 September 2012
Tempat : Dewan Canselor
Masa : 1.30 petang – 3.30 petang




                Pusat Penataan Ilmu dan Bahasa(PPIB) UMS telah memberikan taklimat pada  hari ke-4 MSM 2012/2013 dijalankan. Taklimat yang telah dihadiri oleh sebanyak 4000 lebih Mahasiswa dan Mahasiswi baharu telah dijalankan di Dewan Canselor yang selama ini menjadi kebanggaan rakyat UMS . Taklimat yang telah dihadiri oleh 3 orang pegawai PPIB yang berpengalaman telah membantu memecahkan kebosanan generasi baharu UMS sekaligus membantu Mahasiswa/i melupakan kepenatan mereka sepanjang MSM .



                Taklimat yang telah diberikan oleh para pegawai PPIB kita amatlah berguna dan mampu difahami oleh generasi baharu UMS. Ini kerana untuk memastikan agar generasi baharu kita tidak melakukan sebarang kesalahan semasa membuat pendaftaran bagi subjek-subjek PPIB kelak.Dapat dilihat, para generasi baharu kita amatlah berminat untuk mendaftarkan diri dalam subjek Bahasa Korea yang merupakan salah satu daripada 7 bahasa asing yang ditawarkan di UMS.




                Suka untuk saya memetik ayat pegawai PPIB , Encik Sharif Salleh yang berjaya menarik perhatian para generasi baharu kita untuk berfikir tentang kepentingan bahasa “ If they use the language that they did’nt use , it goes to their mind . If they use the language that they use, it goes to their mind and their heart “ . Jelas sekali bahawa bahasa dapat menjadi pengubung sesama manusia. Maka generasi baharu sekalian, belajarlah untuk berani mempelajari sesuatu kerana pasti ada kelebihan dimasa hadapan.




Wartawan : Nur Afiqah
Juru Foto : Rahmad , Fadhleena & Ramlah.

Sunday, 2 September 2012

LAPORAN TAKLIMAT MINGGU SUAI MESRA DAN HEPA


Sebelum bermulanya majlis taklimat MSM, abang ‘siswa’, saudara Mohd. Juhar mengajar pelbagai jenis tepukan kepada siswa dan siswi baharu. Antara tepukan yang dipelajari adalah tepuk-tepuk semangat, zumba-zumba sweet, cumma-cumma kiss-kiss, tepuk-tepuk ding-ding dan tepuk-tepuk terima kasih. Tepukan yang dipelajari cukup menghiburkan para siswa/siswi baharu.
Siswa/siswi baharu mempraktikkan tepukan yang dipelajari

Ketibaan masuk Timbalan Naib Canselor UMS diiringi oleh para pegawai UMS
                Seterusnya, taklimat Minggu Suai Mesra & HEPA dimulakan dengan kedatangan para pegawai UMS diikuti dengan ketibaan masuk Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Prof. Madya Hj. Kassim Hj. Mad Mansur. Timbalan Naib Canselor HEPA memperkenalkan barisan pengurusan akademik tertinggi UMS. Antara pegawai-pegawai yang diperkenalkan adalah dekan-dekan sekolah, pegawai-pegawai hal ehwal pelajar dan alumni, ketua-ketua jabatan serta dekan-dekan kolej kediaman UMS. Pengenalan para pegawai UMS ini adalah penting kepada para siswa/siswi baharu agar mudah untuk mereka berurusan kelak.
Siswa/siswi mendengar taklimat yang disampaikan oleh TNC HEPA

Siswa/siswi menyanyikan lagu Bertekad Cemerlang

                Selepas berakhirnya sesi taklimat Timbalan Naib Canselor HEPA tersebut, para siswa/siswi baharu dikehendaki menyanyikan lagu ‘Bertekad Cemerlang’ dan seterusnya diberikan sedikit penerangan mengenai aturcara penting keesokan harinya iaitu majlis amanat pro-canselor UMS. Siswa/siswi baharu juga turut diberikan rehearsal untuk acara penting tersebut.

Disediakan oleh: Sabrina & Rahmad
Jurufoto: Rahmad & Iman

SAMBUTAN PELAJAR DI TERMINAL INANAM


Bermulanya saat yang dinantikan 1 September 2012, siswa dan siswi UMS sesi 2012/2013 membanjiri stesen bas Terminal Inanam . Dianggarkan seramai 80 orang siswa dan siswi baharu tiba bersama ibunda dan ayahanda tercinta setia menanti dengan sinaran mata kegembiraan menanti bas untuk pergi ke kampus . Kepenatan ahli jawatankuasa Sambutan Pelajar UMS bergaur dengan kegembiraan ketika menyambut kehadiran adik-adik baru UMS. Dalam kepenatan mereka melaksanakan tugas dengan berdedikasi dan ceria. Pelbagai ragam dapat dilihat ketika adik-adik baharu mengangkat bagasi-bagasi mereka yang tidak kurang dari 3 buah bagasi. Nampaknya adik-adik baharu kita membawa satu almari pakaian untuk tinggal di UMS. Al maklumlah,pertama menjejak kaki ke alam universiti . Diharapkan semangat siswa dan siswi baharu tidak lah pudar sehingga mereka menamatkan pengajian mereka sehingga berjaya .






Disediakan oleh :
NUR AFIQAH BINTI JAMIRIN ( Wartawan)
SADDAM BIN IDRES (Juru Foto)

SAMBUTAN PELAJAR DI TERMINAL 2


Sambutan hari pertama MSM bermula seawal jam 7 pagi. Ketibaan para pelajar baharu disambut mesra oleh para petugas abang-abang dan kakak-kakak PSM yang sedia menanti di Balai Ketibaan. Pelbagai reaksi boleh dilihat daripada adik-adik junior sebaik sahaja keluar daripada Balai Ketibaan. Ada yang tersenyum mesra, gembira dan excited  nak memulakan kehidupan baru sebagai pelajar. Selain itu, tak kurang juga yang rasa takut, sedih dan gelisah memikirkan kehidupan kampus yang bakal di tempuhi.


          Ibu bapa yang menemani anak-anak mereka juga menyatakan perasaan yang sangat gembira kerana anak-anak yang disayangi dapat menjejakkan kaki ke UMS. Ada diantara mereka juga berasa gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini. Kakak dan abang PSM juga turut gembira menguruskan ketibaan para pelajar baharu ini.


Kami mewakili jawatankuasa pelaksana MSM mengucapkan selamat datang ke Sabah amnya dan khususnya ke Universiti Malaysia Sabah. Bermulalah kehidupan sebagai mahasiswa/i dan selamat menempuhi kehidupan kampus!
WARTAWAN: RAMLAH &SABRINA
JURUFOTO: L. RAWIE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...